smtaa@uic.edu.my +60197800053

PENGENALAN

Pengenalan Program Ulul Albab


Program Ulul Albab yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Tahfiz Al Attas adalah sebuah program dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Unifield. Program ini membuka peluang kepada para pelajar belajar dalam aliran agama dan akademik bermula pada usia 12 tahun. Seterusnya, para pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Antarabangsa Unifield selepas SPM.

Pelajar akan menerima didikan dan bimbingan daripada guru yang terlatih. Di samping menimba ilmu akademik, para pelajar yang mengambil program Ulul Albab ini juga mempraktikkan hafazan Al-Quran yang akan dipantau oleh asatizah yang terlatih.

Guru-guru yang dilantik untuk mengajar para pelajar merupakan guru yang berkualiti dan berpengalaman dalam mendidik serta membimbing pelajar untuk berjaya dalam akademik. Bukan itu sahaja, sahsiah para pelajar di sini juga akan dibentuk agar apabila graduan ini keluar dari institusi akan menjadi seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia.

Dengan prasarana dan kemudahan yang mencukupi UIC menjadi satu pilihan alternatif pelajar aliran Tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang profesional.

Syarat-Syarat Kemasukan


  • Terbuka kepada pelajar berusia 12 hingga 16 tahun..
  • Kemahiran 5M (Membaca, menulis (termasuk jawi), mengira, menghafal dan memikir)
  • Taraf kesihatan yang baik
  • Tiada rekod disiplin atau rekod polis