smtaa@uic.edu.my +60197800053

PENGENALAN

PENGENALAN PROGRAM SMART TAHFIZ


Program Smart Tahfiz yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Tahfiz Al Attas adalah sebuah program dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Unifield dibawah tajaan Yayasan Pendidikan Bumiputera. Program ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar Tahfiz, Madrasah atau Pondok untuk mendapatkan laluan bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) justeru menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah.


Di samping menimba ilmu akademik, para pelajar yang mengambil program Smart Tahfiz ini juga mempraktikkan hafazan Al-Quran yang akan dipantau oleh ustaz-ustaz yang terlatih.


Guru-guru yang dilantik untuk mengajar para pelajar merupakan guru yang berkualiti dan berpengalaman dalam mendidik serta membimbing pelajar untuk berjaya dalam akademik. Bukan itu sahaja, sahsiah para pelajar di sini juga akan dibentuk agar apabila graduan ini keluar dari institusi akan menjadi seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia.


Dengan prasarana dan kemudahan yang mencukupi UIC menjadi satu pilihan alternatif pelajar aliran Tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang profesional.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


  • Had umur maksimum 19 tahun pada 2021
  • Pelajar perlulah terus dari sekolah Tahfiz atau baru sahaja menghabiskan pengajian di madrasah (Tidak boleh lebih dari setahun meninggalkan madrasah)
  • Kemahiran 5M (Membaca, menulis (termasuk jawi), mengira, menghafal dan memikir)
  • Taraf kesihatan yang baik
  • Sekurang-kurangnya menghafaz 5 juzuk ke atas (Surat Pengesahan Juzuk)
  • Keutamaan diberikan kepada 30 juzuk dengan sijil syahdah/khatam hafazan
  • Tiada rekod disiplin atau rekod polis