Sejarah SMTAA
Sekolah Menengah Tahfiz Al Attas
Sekolah Menengah Tahfiz Al Attas, terletak di Pajam Mantin, Negeri Sembilan adalah sebuah institusi pendidikan swasta peringkat sekolah menengah yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 2 Jun 2020 bersamaan 10 Syawal 1441 dengan nombor pendaftarannya 41-218/2020
Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Asna Bin Amin pada Disember 2019, selari dengan matlamatnya iaitu untuk menaikkan martabat Al Quran dan melahirkan lebih banyak cendekiawan Tahfiz.